Kerjaya antarabangsa Domenico Berardi

Belia

Berardi merupakan komponen bagi pasukan bawah-19 Itali tetapi beliau tidak menjawab panggilan untuk menghadapi aksi kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-19. Beliau tidak layak mewakili pasukan itu selama sembilan bulan kerana melanggar kod etika.[48][49]

Berardi menerima panggilan pertama untuk menyertai pasukan bawah-21 pada 28 Februari 2014 untuk menghadapi kelayakan Kejohanan Eropah menentang Ireland Utara pada 5 Mac.[50] Pada 2 Mac, beliau bertindak menyiku Cristian Molinaro dalam aksi liga bersama Sassuolo menentang Parma. Beliau seterusnya digugurkan daripada skuad Itali kerana melanggar kod-kod etika pasukan.[51] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 ketika di bawah kendalian pengurus Luigi Di Biagio pada 4 Jun 2014 dalam aksi menewaskan Montenegro 4–0.[52] Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika melakukan penampilan ketiganya untuk azzurrini dengan menjaringkan gol kemenangan permainan menewaskan Serbia pada perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 yang membolehkan Itali untuk layak ke pusingan play-off dan akhirnya menempah tiket ke kejohanan akhir yang berlangsung di Republik Czech.[53]

Pada 1 Jun 2015, Berardi telah dipilih dalam skuad sementara Di Biagio yang terdiri daripada 27 orang pemain untuk menghadapi Kejohanan Eropah Bawah-21 2015.[54] Pada 7 Jun, beliau telah dimasukkan ke dalam senarai akhir 23 orang pemain yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu.[55] Berardi menjaringkan gol melalui sepakan penalti untuk Itali dalam aksi pembukaan kejohanan menentang Sweden pada 18 Jun namun perlawanan itu akhirnya tamat dengan kekalahan Itali 2-1.[56] Pada 24 Jun, beliau telah membantu jaringan Andrea Belotti pada aksi menewaskan England dalam aksi terakhir peringkat kumpulan yang tamat dengan kemenangan 3-1. Namun, pasukan Portugal dan Sweden yang berjaya mara ke peringkat seterusnya.[57]

Pada Jun 2017, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad bawah-21 Itali yang akan bertanding ke Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 oleh pengurus Di Biagio.[58] Dalam aksi kedua peringkat kumpulan pada 21 Jun, beliau telah menjaringkan gol tunggal pasukannya pada aksi yang berakhir dengan kekalahan 3-1 kepada Republik Czech.[59] Itali kemudiannya disingkirkan oleh Sepanyol pada peringkat separuh akhir pada 27 Jun berikutan kekalahan 3-1.[60]

Senior

Berardi telah dipanggil untuk menyertai skuad senior buat pertama kali oleh pengurus Antonio Conte pada Oktober 2015 untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Norway dan Azerbaijan pada 10 dan 13 Oktober. Beliau telah mengalami kecederaan otot semasa sesi memanaskan badan sebelum aksi menentang Empoli pada 4 Oktober. Hal ini menyebabkan khidmat Berardi terpaksa dilupakan oleh pasukan kebangsaan untuk menghadapi dua perlawanan yang akan datang.[61][62]

Pada Mei 2017, Berardi telah dipilih oleh ketua jurulatih Itali, Gian Piero Ventura untuk menghadapi perlawanan persahabatan tidak rasmi menentang San Marino pada 31 Mei.[63][64] Beliau telah beraksi dalam perlawanan itu dengan melakukan kemunculan sulungnya yang tidak rasmi sambil menjadi kapten pasukan mengetuai rakan-rakannya untuk membenam San Marino 8-0. Beliau juga mencipta peluang untuk membantu jaringan kedua Gianluca Lapadula.[65][66][67]

Berardi melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior ketika di bawah kendalian Roberto Mancini dengan beraksi sebagai kesebelasan utama Itali dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis yang berakhir dengan kekalahan Itali 3-1 pada 1 Jun 2018.[68][69]

Rujukan

WikiPedia: Domenico Berardi http://www.calcionews24.com/sassuolo-caso-berardi-... http://www.calcionewstime.com/sassuolo-berardi-squ... http://www.espnfc.com/european-under-21-championsh... http://www.espnfc.com/italian-serie-a/12/statistic... http://www.espnfc.com/italian-serie-a/12/statistic... http://www.espnfc.com/report?gameId=461297 http://www.espnfc.com/us/en/report/376957/report.h... http://it.eurosport.com/calcio/serie-a/2015-2016/l... http://www.eurosport.com/football/serie-a/2013-201... http://forzaitalianfootball.com/2013/10/sassuolo-2...